Terkini!!! KKM beralih guna ubat Baricitinib cegah risiko radang paru-paru pesakit Covid-19

Terkini!!! KKM beralih guna ubat Baricitinib cegah risiko radang paru-paru pesakit Covid-19

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan ubat Baricitinib bagi mengelakkan peningkatan atau peralihan pesakit COVID-19 ke kategori yang lebih meruncing, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham berkata formulasi ubat baharu itu antara lain digunakan bagi mencegah risiko pesakit menghidapi radang paru-paru dan mereka akan diberikan ubat berkenaan dalam sukatan antara dua miligram (ml) atau empat ml.

“Kita akan gunakan satu formulasi ubat baharu untuk kita halang daripada bertambah iaitu ubat Baricitinib sama ada dua ml atau empat ml untuk digunakan kepada pesakit bagi mencegah peningkatan’ tersebut,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan kelompok dos terakhir vaksin Sinovac oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope kepada beliau selaku wakil kerajaan, di sini hari ini.

Dalam pada itu Dr Adham berkata maklumat berhubung peningkatan atau peralihan pesakit daripada pesakit kategori satu kepada keadaan yang lebih meruncing adalah sangat dinamik.

Justeru beliau berkata kementeriannya sentiasa memantau dan mewajibkan pesakit membuat penilaian kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera terutama mereka yang menjalani kuarantin di rumah.

Berhubung program vaksinasi dalam kalangan remaja, katanya buat masa ini kerajaan menumpukan kepada usaha menyelesaikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada penerima 18 tahun ke atas terlebih dahulu dan akan menunggu data klinikal lanjut daripada pihak Pfizer International berhubung vaksinasi golongan berkenaan.

“Pfizer yang telahpun memberikan data klinikal untuk remaja 12 hingga 17 tahun melalui taklimat daripada Pfizer International sendiri minggu lepas bahawa rare event (jarang berlaku) iaitu myocarditis (radang pada bahagian otot jantung) dan pericarditis (radang pada selaput yang melitupi jantung) berlaku cuma tidak ada mortality (kematian) daripada kes tersebut,” katanya.

Dr Adham berkata pihaknya juga mempertimbangkan bagi memberi vaksin kepada kumpulan sokongan di sekolah termasuk pemandu bas, pengawal keselamatan sekolah dan pembekal makanan dalam memberi perlindungan kepada pelajar daripada jangkitan COVID-19.

Sumber – AstroAwani