Terkini!!! Kos haji terus meningkat, kerajaan tidak lagi mampu beri subsidi

Terkini!!! Kos haji terus meningkat, kerajaan tidak lagi mampu beri subsidi

Kos pelaksanaan haji tahun ini dijangka meningkat berikutan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik kepada 15 peratus berbanding lima peratus sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, kenaikan kos ibadah haji itu tidak dapat dielakkan kerana mengambil kira beberapa aspek termasuk bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pelaksanaan haji tahun ini akan berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana ketika 2019 dan 2020 kos haji adalah sebanyak RM22,900.

“Dengan mengambil kira tahun semasa, termasuk VAT dan situasi pandemik sudah pasti akan ada peningkatan kos yang dianggarkan akan naik kira-kira RM25,000.

“Namun, peningkatan ini belum mengambil kira pelaksanaan peraturan baharu dan SOP berkaitan Covid-19 dan sebagainya yang masih belum diketahui, dan perkara ini mungkin akan memberi impak kepada kos menunaikan haji,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun kadar bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji negara masih belum ditetapkan.

Ketika ini, bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji negara adalah RM9,980 dan tidak pernah berubah sejak 2009, manakala baki RM12,920 ditanggung TH.

Sementara itu, Syed Saleh berkata, TH turut menasihati bakal haji Malaysia agar bersedia menerima sebarangperubahan terkini dan kemungkinan adanya peraturan baharu yang diperkenalkan oleh TH dan pihak berkuasa Arab Saudi kesan daripada pandemik Covid-19.

 

KUALA LUMPUR 26 MAC 2021. Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika sidang media mengenai Pra Operasi Musim Haji 1442H/2021M di Menara TH Tun Razak. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
KUALA LUMPUR 26 MAC 2021. Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika sidang media mengenai Pra Operasi Musim Haji 1442H/2021M di Menara TH Tun Razak. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

 

“Walaupun sehingga kini masih tiada kepastian mengenai pelaksanaan haji tahun ini, TH perlu mengambil langkah untuk bersedia.

“Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu pengumuman rasmi Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan haji danjumlah jemaah haji negara yang dibenarkan untuk melaksanakan rukun Islam yang ke lima tahun ini,” katanya.

Menurutnya, semua bakal haji juga disaran untuk membuat persiapan sewajarnya dari segi ilmu,kesihatan, rohani dan jasmani serta kewangan.

Beliau berkata, TH komited menganjurkan kursus haji dalam talian bermula sejak awal tahun ini sebagai persediaan melengkapkan bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini.

“Malah, seperti yang dilaporkan dalam media, Menteri Kesihatan Arab Saudi telah menyatakan pengambilan vaksin Covid-19 menjadi salah satu syarat wajib untuk semua bakal haji yang ingin menunaikan fardu haji pada musim ini.

“Justeru, TH turut menasihati bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada musim haji 1441H/2020M yang lalu untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

TH juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu urusan pendaftaran bakal haji khususnya yang berusia dan tidak mempunyai akses internet secara langsung. – HM