Terkini!!! Kos umrah semakin meningkat, cecah RM9,000 seorang
Umat Islam di negara ini yang berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah dijangka perlu membayar kos yang lebih tinggi berbanding biasa apabila pintu sempadan di Arab Saudi mula dibuka untuk jemaah antarabangsa pada 10 Ogos ini.
Berdasarkan situasi semasa dan jangkaan wujudnya beberapa caj baharu, seorang jemaah yang ingin ke Tanah Suci pada musim pandemik ini perlu membayar kos sekitar RM9,000.
Bagaimanapun, penetapan harga baharu itu masih belum dimuktamadkan dan hanya diandaikan berdasarkan beberapa caj tambahan yang perlu.
Sumber – K! Online