Terkini!!! KPM umum bekalkan lokar atasi isu beg berat pelajar sekolah rendah

Terkini!!! KPM umum bekalkan lokar atasi isu beg berat pelajar sekolah rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan kemudahan lokar di sekolah-sekolah rendah secara berfasa bermula tahun ini sebagai penyelesaian jangka panjang berkaitan isu beg pelajar berat.

Menurut Sinar Harian, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, penyediaan kemudahan itu membabitkan sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

Menurutnya, fasa satu akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 melibatkan 10,662 kelas dengan murid berjumlah 323,186 orang.

“Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.

“Bagi fasa dua pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.

“Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.