Terkini!!! Lagi pemimpin Bersatu letak jawatan

Terkini!!! Lagi pemimpin Bersatu letak jawatan

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin mengumumkan peletakan jawatan hari ini, mengatakan keputusan tersebut diambil berdasarkan prinsip.

MDEC adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian komunikasi dan multimedia yang diketuai Annuar Musa.

Rais, yang merupakan ahli Bersatu, dilantik mengetuai MDEC pada Jun 2020, tiga bulan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan, Rais berkata beliau sudah memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan kepada Annuar pada Ogos.

“Akan lebih mudah untuk hanya ‘ikut’ sahaja arahan daripada pemegang taruh kementerian/atau kementerian yang memantau, namun ia akan menjadi pertembungan besar suara hati dan budi.

“Saya sentiasa yakin untuk melakukan perkara yang benar dengan berpegang pada prinsip yang hak. Semua perkara yang kurang pasti akan menjadi batasan yang saya sendiri bina,” katanya.

Sumber – MalaysiaNow