Terkini!!! Lagi pihak pertikai kebijaksanaan Agong, Muhyiddin didakwa cuba cetus krisis perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu perlu berwaspada daripada memasuki perangkap pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Putrajaya, kata seorang bekas ketua hakim negara dan pakar undang-undang.
Abdul Hamid Mohamad dan Dr Shamrahayu A Aziz berkata, sejak kebelakangan ini, banyak pihak di luar kerajaan yang tidak berpuas hati dengan tindakan Putrajaya cuba melibatkan Agong dan Raja-raja Melayu untuk bertindak mengikut kehendak mereka.
“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu perlu waspada supaya institusi beraja tidak termasuk perangkap mereka,” kata mereka dalam satu catatan.
Mereka berkata, Agong dan Raja-raja Melayu tertakluk kepada kedaulatan undang-undang serta perlu mematuhi peruntukan Perlembagaan.
“Dalam kata lain, adalah lebih tepat untuk baginda menurut nasihat perdana menteri dan peguam negara yang berkuasa pada masa ini dan pada ketika-ketika tertentu baginda boleh menyampaikan pandangan kepada kerajaan.
“Sama ada sesuatu keputusan berdasarkan nasihat itu ‘politically popular’ atau pun tidak, baginda perlu meletakkan ketepatan undang-undang yang utama, bukan sekadar melihat kepada keselesaan penerimaan parti politik.”
Mereka berkata, menjadi tanggungjawab parti memerintah untuk menangani aspek politik kepartian kerana itu adalah sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan.
Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Parlimen boleh bersidang semula dalam Fasa III Pelan Pemulihan Negara, iaitu sekitar September atau Oktober.
Keesokannya, Agong bertitah mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara manakala Raja-raja Melayu berpandangan darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1 Ogos.
Sumber : FMT