Terkini!!! Lokman Nor Adam dihukum penjara sebulan

Terkini!!! Lokman Nor Adam dihukum penjara sebulan

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, atas tuduhan menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas Lokman didapati bersalah atas kesalahan berkenaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula Khamis.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Lokman yang diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah agar hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian memerintahkan Lokman dikenakan bon jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pada 22 Oktober 2019, Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana tindakan responden yang didakwa menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 September 2019.

Sumber – SinarHarian