Tiga negara itu tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel dan berulang kali meminta Israel menamatkan pencerobohan di wilayah Palestin dan penyelesaian dua negara yang berasaskan sempadan sebelum peperangan Tumur Tengah pada 1967.

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni berkata, kritikan yang dilemparkan pemimpin ketiga-tiga negara itu adalah ‘tidak jujur’ dan tidak mengendahkan ‘sifat sebenar konflik’ yang mana beliau menambah ia antara Israel dan Hamas dan bukan penduduk Palestin.

“Hamas adalah sebuah organisasi anti Sematik, saya tidak pasti bahawa ramai orang menyertai debat media sosial benar-benar  faham sifat radikal dan fasis Hamas,” katanya kepada Reuters pada temu bual video. Hamas menolak dakwaan anti Sematik itu.

Karni berkata, Israel mengiktiraf terdapat orang awam maut semasa serangan selama 11 hari itu, namun ia hanya jalan untuk mana-mana pihak mempunyai pengarauh bermakna terhadap apa yang berlaku di Timur Tengah dengan pengwujudan hubungan dengan Israel.

“Kami sedia untuk berbincang, kami sedia untuk bertemu dan pintu ini terbuka. Saya tidak fikir ia sangat sukar untuk mencari kami,” katanya.

Israel mepunyai kedutaan di Vietnam, Thailand, Filipina, Myanmar.

Sumber :

Israel minat jalin hubungan dengan negara Islam ASEAN – Envoi