Terkini!!! Mantan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia

Terkini!!! Mantan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia

Negara menerima berita sedih apabila bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dilaporkan telah kembali kerahmatullah.

Berita kematian tersebut telah dimuatnaik oleh pentadbir akaun FB rasmi beliau sebentar tadi.

Menerusi hantaran tersebut, TSKI telah dimasukkan ke Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur sejak 23 April yang lalu.

Punca kematian dikaitkan berpunca daripada jangkitan kuman pada injap jantungnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam

Almarhum TSKI meninggalkan seoeang balu, 4 anak dan 2 cucu.