Terkini!!! Menteri Sawit nafikan pernah ditahan di SJR bersama janda Fizo Omar, sekalipun disahkan polis
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali menafikan tuduhan dirinya ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing termasuk mempunyai hubungan dengan selebriti wanita.
Beliau mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar.
“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.
“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Terdahulu, Sinar Harian memetik polis Terengganu sebagai berkata Khairuddin diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.
Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk berkaitan dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, menurut Sinar.
“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” beliau dipetik berkata oleh akhbar itu.
Roslee berkata siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu lalu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar.
Menurut Sinar, dakwaan melibatkan Khairuddin di SJR Perasing tular sejak beberapa hari lalu.
Dalam mesej tular itu, beliau didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang dikatakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim, menurut Sinar Harian. – FMT