Terkini!!! Menyamar penguatkuasa rogol gadis, 2 pemuda dikaitkan pemimpin Pas direman 5 hari

Terkini!!! Menyamar penguatkuasa rogol gadis, 2 pemuda dikaitkan pemimpin Pas direman 5 hari

Dua lelaki direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan wanita berusia 19 tahun dan menyamar sebagai penjawat awam, hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun, di sini, pagi ini berhubung kejadian pada 14 Mei lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Noradila Ab Latiff.

Menurut sumber, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota pencegah maksiat dan menahan gadis terbabit bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun di sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun.

Suspek dikatakan meminta wang tunai sebanyak RM1,000 bagi menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan pasangan itu.

Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan tidak dapat membayar sebelum kedua-dua suspek membawa mangsa ke sebuah hotel dan merogolnya.

Mangsa yang pada mulanya tidak mahu mengikut ajakan suspek terpaksa akur kerana tidak mahu perbuatannya itu diketahui ahli keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek ditahan di Paka, jam 6.15 petang semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 170 kanun keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/714547/dua-direman-bantu-siasatan-kes-rogol-menyamar-penjawat-awam