Terkini!!! Mesyuarat bersemuka di Publika, Muhyiddin ucap selamat tinggal

Terkini!!! Mesyuarat bersemuka di Publika, Muhyiddin ucap selamat tinggal

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan mesyuarat khas hari ini membincangkan pelbagai perkara termasuk sekiranya Tan Sri Muhyiddin melepaskan jawatannya.

“Hari ini kita bincang macam-macam perkara,” katanya kepada media selepas selesai menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan Muhyiddin di Publika.

Difahamkan semua kepimpinan tertinggi antaranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Saifuddin Abdullah telah meninggalkan Publika melalui pintu lain.

Ia termasuk Muhyiddin yang pulang ke kediamannya melalui laluan bawah Publika.
Ditanya mengenai sama ada Muhyiddin akan meletakkan jawatan hari ini, Ahmad Faizal bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai individu lain, itu tidak adil,” katanya lagi.

Mesyuarat itu berakhir jam 11.20 pagi selepas dua jam berlangsung.

Antara yang hadir adalah Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar.

Sumber – MalaysiaGazette