Terkini!!! Muhyiddin adakan pertemuan tergempar dengan semua pemimpin PN petang ini

Terkini!!! Muhyiddin adakan pertemuan tergempar dengan semua pemimpin PN petang ini

Satu pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua-ketua parti di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka berlangsung petang ini.

Maklumat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak awal pagi ini antara lain menyebut pertemuan tersebut diadakan di bangunan Perdana Putra dekat sini jam 5 petang.

Suhu politik kembali panas selepas beberapa hari Muhyiddin menegaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen pada September depan.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil pada Selasa dilapor mengesahkan parti itu telah mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menolak kepimpinan Muhyiddin.

Menurut laporan sebuah portal, Muhyiddin juga dijadual akan bertemu dengan pemimpin politik Sabah dan Sarawak di Kuala Lumpur pada hari ini.

Muhyiddin pada pagi ini mempengerusikan mesyuarat kabinet di pejabatnya.

Pada 3 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada PN.

Susulan itu, dua menteri UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad masing-masing sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan peletakan jawatan.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan berhubung pertemuan tersebut.

Sumber – SinarHarian