Terkini!!! Muhyiddin beri bayangan PN akan tetap tolak pencalonan Ahmad Maslan

Terkini!!! Muhyiddin beri bayangan PN akan tetap tolak pencalonan Ahmad Maslan

Perikatan Nasional (PN) telah mempunyai pendirian berhubung pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian tersebut akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mesyuarat (PN) mengambil pendirian untuk saya bertemu dengan Perdana Menteri memberikan pandangan yang telah diputuskan berhubung dengan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini pada Khamis.

Muhyiddin menambah, pendirian itu dibuat selepas adanya pihak mengeluarkan kenyataan berhubung perlunya meminda perlembagaan bagi menambah bilangan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang, dengan salah seorang dilantik daripada kalangan wakil rakyat pembangkang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan pendirian PN pada sidang akhbar tersebut.

Pelantikan jawatan itu sebelum ini ditangguhkan ketika persidangan Dewan Rakyat bermula baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata, kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada tiga, yang mungkin seorang daripadanya daripada pembangkang.

Sumber – Sinar Harian