Terkini!!! Muhyiddin dijangka meletak jawatan pagi ini
Muhyiddin Yassin dijangka akan melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri pagi ini.
Menurut blogger politik terkenal, Zaharin Mohd Yassin tindakan itu dipercaya dilakukan selepas dititahkan Agong dalam pertemuan rutin pasca mesyuarat kabinet setiap Rabu pagi di Istana Negara semalam.
Muhyiddin kemudiannnya mengadakan pertemuan mengejut dengan pimpinan parti komponen PN petang semalam.
Kemudiannya beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Luar Negara, Hishamuddin berserta Menteri Undang-Undang, Takiyuddin disebelah malamnya.
Sekiranya perletakan jawatan Muhyiddin berlaku, seluruh kabinetnya juga akan gugur otomatik sama seperti yang berlaku terhadap Tun M sebelum ini.