Terkini!!! Muhyiddin dijangka menghadap Agong dalam tempoh terdekat

Terkini!!! Muhyiddin dijangka menghadap Agong dalam tempoh terdekat

Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih serius.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan jemaah menteri dalam mesyuarat 21 Julai lepas bersetuju untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong agar memperkenankan proklamasi darurat bagi seluruh negeri Sarawak selepas darurat yang berkuat kuasa kini berakhir 1 Ogos.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

“Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai 2021 telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuatkuasa pada masa ini berakhir pada 1 Ogos 2021.

Dengan Proklamasi Darurat ini, Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal.

Sumber – AstroAWANI