Terkini!!! Muhyiddin ditahan SPRM

Terkini!!! Muhyiddin ditahan SPRM

 

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh ditahan ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor.

Sumber yang sama turut memberitahu Harapan Daily bahawa Mahiaddin akan didakwa di mahkamah esok.

Sebelum ini ahli parti beliau Wan Saiful Wan Jan (Teluk Gelugor) telah didakwa di mahkamah berkaitan dana Jana Wibawa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memberi indikasi bahawa Mahiaddin terlibat dalam kes rasuah.

Mahiaddin menjadi Perdana Menteri kelapan sewaktu Malaysia berdepan dengan epidemik Covid-19.