Terkini!!! Muhyiddin perlu jelaskan kenapa Sarawak benarkan sambutan hari raya ketika PKP 3.0

Terkini!!! Muhyiddin perlu jelaskan kenapa Sarawak benarkan sambutan hari raya ketika PKP 3.0

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan sambutan Aidilfitri di Sarawak hanya dibenarkan pada hari pertama dengan kehadiran keluarga terdekat saja.

JPBN dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah menilai situasi semasa Covid-19 di negeri itu dan ia turut dipersetujui Majlis Islam Sarawak.

Katanya, pindaan garis panduan terperinci boleh didapati di laman rasmi Majlis Islam Sarawak http://www.mis.sarawak.gov.my.

Terdahulu, Sarawak merekodkan 649 kes baharu Covid-19 dan dua kematian hari ini, menjadikan keseluruhan 35,809 kes dan 209 kematian.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam kenyataan sama memaklumkan dua kluster komuniti baharu dikesan, iaitu Ulu Anap di Tatau dan Emperan di Selangau.

Kluster Ulu Anap melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Anap di daerah Tatau, dengan kes indeks membabitkan seorang wanita tempatan berumur 38 tahun yang disahkan positif 1 Mei lalu selepas saringan individu bergejala pada 29 April.

Kluster Emperan pula membabitkan tiga rumah panjang di Selangau, dengan kes indeksnya melibatkan seorang wanita tempatan berumur 27 tahun yang juga dikesan melalui saringan individu bergejala.

Setakat ini, terdapat 78 kluster aktif di negeri ini dengan 17 kluster merekodkan 150 penambahan kes baharu dan 61 kluster tidak merekodkan pertambahan kes. – FMT