Terkini!!! Pas pecat Khairuddin At-Takiri sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama

Terkini!!! Pas pecat Khairuddin At-Takiri sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama

Bekas menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuatkuasa semalam, tidak sampai sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, keputusan pengguguran jawatan Khairuddin itu dibuat dalam mesyuarat parti berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.

“Oleh kerana perlantikan beliau (Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) oleh Jawatankuasa PAS Pusat, maka PAS Pusat membatalkan pelantikan itu.

“(Beliau) tak jadi Ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti Ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura,” katanya menurut laporan yang dikongsikan portal akhbar FMT.

Abdul Hadi berkata, Khairuddin sekarang hanya ahli biasa dan PAS akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Terdahulu, pada 14 Jan lepas Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.