Terkini! Peguambela Najib ‘ugut’ tarik diri

Terkini! Peguambela Najib ‘ugut’ tarik diri

Rayuan rasuah Najib Razak menyaksikan perubahan dramatik hari ini apabila peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa beliau tiada alternatif kecuali menarik diri daripada kes itu, lapor portal FMT.

Ini menyusul permohonan baharu dibuat pagi ini oleh pasukan peguam baharu Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu ditolak mahkamah tertinggi.

Sementara itu, Ketua Hakim Negara menganggap tindakan peguam Najib mahu menarik diri sebagai tindakan mengganggu fungsi mahkamah yang berkesan dengan berjalan pergi dan meninggalkan anak guamnya tanpa diwakili.

YAA Tengku Maimun mendesak Hisyam Teh Poh Teik menjalankan tugasnya tetapi dia peguambela tersebut enggan berbuat demikian.

Mahkamah sedang ditangguhkan bagi membincangkan ‘helah’ terbaru Najib ini.

Kes rayuan rasuah Najib kembali bersambung hari ini selepaa diberi kebenaran tangguh sehari oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan.