Terkini!!! Pemangku Raja Pahang beri perkenan gabungan kerajaan BN-PH

Terkini!!! Pemangku Raja Pahang beri perkenan gabungan kerajaan BN-PH

KENYATAAN MEDIA PELANTIKAN YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG

SUSULAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 DEWAN NEGERI PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulla Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 Dewan Negeri Pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya telah memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur daripada Parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulla Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan diadakan pada hari Isnin, 28 November 2022 bersamaan 3 Jamadilawal 1444H, Jam 11:00 pagi, bertempat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur.

Sekian.

Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Bin Ab. Rahman, DSAP ., DIMP ., SAP ., AAP.

Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang

27 November 2022 bersamaan 2 Jamadilawal 1444 Hijrah