Terkini!!! Pembangkang beri jaminan tidak akan sulitkan kerajaan selagi…

Terkini!!! Pembangkang beri jaminan tidak akan sulitkan kerajaan selagi…

Pakatan Harapan (PH) tidak akan mempersulitkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat jika kerajaan terbuka mengutamakan isu rakyat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberikan jaminan itu sekiranya kerajaan dan pembangkang saling terbuka bekerjasama berhubung isu rakyat sepertimana keterbukaan perdana menteri berjumpa pimpinan pembangkang hari ini.

“Kita beritahu kalau suasana begini dan program agak pro rakyat kita tak akan persulitkan (usul undi percaya),” katanya kepada pemberita selepas lebih sejam mengadakan pertemuan dengan Ismail di Perdana Putra hari ini.

Sumber – FMT