Terkini!!! Pergaduhan politik dahsyat sesama komponen PN sepanjang tempoh darurat bukti Agong telah diperdayakan

Terkini!!! Pergaduhan politik dahsyat sesama komponen PN sepanjang tempoh darurat bukti Agong telah diperdayakan

Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keakraban kedua-dua pimpinan PN dan GPS sepanjang lawatan rasmi membuktikan bahawa persefahaman politik antara dua parti berada pada tahap yang amat baik.

“Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu juga komited untuk memantapkan lagi kerjasama politik antara PN dan GPS di masa hadapan.

“Majlis Tertinggi turut menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sambutan luar biasa terhadap delegasi Perdana Menteri semasa lawatan rasmi ke negeri Sarawak pada 1 hingga 2 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, Majlis Tertinggi PN menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – Pas di peringkat pusat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“PN percaya bahawa jawatankuasa itu mampu merangka strategi kukuh bagi meraih sokongan dalam kalangan bumiputera.

“Di samping memelihara kepentingan dan hak bukan bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada Sabtu, mesyuarat Majlis Tertinggi PN telah dipengerusikan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, ketua-ketua parti komponen PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan (Presiden STAR), Senator Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Datuk Dr Dominic Lau (Presiden Gerakan) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi. – SH