Terkini!!! PM selesai bertemu Agong, tiada nama TPM dicalonkan selepas pertemuan bersama PH semalam

Terkini!!! PM selesai bertemu Agong, tiada nama TPM dicalonkan selepas pertemuan bersama PH semalam

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di Kuantan pada kira-kira jam petang tadi.

Menurut portal Berita Harian Online, sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua jam dan bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.

Kenderaan rasmi yang membawa perdana menteri keluar dari perkarangan Istana Abdulaziz pada jam 1.38 tengah hari dan dia sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang membuat liputan.

Portal itu juga melaporkan adalah difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dijangka akan mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan mengenai senarai anggota kabinetnya.

Bagaimanapun setakat ini belum ada makluman rasmi atau jemputan kepada media, termasuk kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Bernama melaporkan Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Star Online sebelum ini melaporkan senarai kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.

Ismail bertolak ke Pahang hari ini.

Ia juga melaporkan bahawa Ismail diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Agong, majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan secepat mungkin.

Sumber – Malaysiakini