Terkini! PM umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus

Terkini! PM umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Beliau berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

“Kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus. Kenaikan terbaik dalam sejarah oleh Kerajaan MADANI,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.