Terkini!!! Ringkasan Bajet 2023, akhirnya perkara sebenar yg cuba disembunyikan kerajaan didedahkan

Terkini!!! Ringkasan Bajet 2023, akhirnya perkara sebenar yg cuba disembunyikan kerajaan didedahkan

Pakar kewangan yang pernah mengemudi antara salah satu GLC terbesar negara, Tabung Haji hari ini tampil mendedahkan situasi sebenar berkenaan Bajet 2023 yang telah dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul petang tadi.

Datuk Nik Hasyudeen dalam hantarannya yang dimuat naik di dalam laman FBnya sebentar tadi pantas melakukan ringkasan awal mengenai topik yang sedang hangat diperbincangkan oleh pakar-pakar ekonomi terutama ketika desas desus tarikh PRU-15 akan diumumkan semalam.

Tulisnya,

Ringkasan Bajet 2023

Dari RM 372 bilion yang akan dibelanjakan, kira-kira RM 100 bilion adalah dari pinjaman dan penggunaan aset.

Oleh kerana Perbelanjaan Mengurus dianggarkan berjumlah RM 272 bilion, hampir kesemua Perbelanjaan Pembangunan akan dibiayai melalui hutang dan penggunaan aset seperti yang dinyatakan.

Emolumen, pencen dan bayaran hutang kerajaan merupakan 44.6% atau RM 165 bilion dari keseluruhan perbelanjaan. Peratusan ini tentunya lebih besar jika dibandingkan dengan Perbelanjaan Mengurus yang berjumlah RM 272 bilion sahaja.

Sementara itu, memetik FMT, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan peruntukan berjumlah RM372.3 bilion untuk Bajet 2023.

Jumlah itu meningkat RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.

Sebanyak RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5 bilion bagi Kumpulan Wang Covid-19.

Berikut butiran daripada Bajet 2023:

Pendidikan

  • Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar, iaitu sebanyak RM55.6 bilion.
  • Semua pelajar akan menerima bantuan pendidikan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
  • RM825 juta diperuntukkan untuk bantuan pelajar.
  • RM777 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 800,000 pelajar dan 7,300 pengusaha kantin.
  • Kadar makanan bermasak RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa mulai bulan ini.
  • RM2.3 bilion untuk memastikan pelajar mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat.
  • RM1.1 bilion untuk membaiki dan menyelenggara semua sekolah, termasuk sekolah vernakular dan agama.
  • RM430 juta untuk membina lima sekolah baharu di Sabah, Sarawak, Terengganu, Cyberjaya dan Selangor.
  • RM20 juta untuk menambah baik kemudahan di sekolah keperluan khas.

Pembangunan

  • RM1.5 bilion untuk menyokong usaha merealisasikan 17 matlamat pembangunan mampan (SDG).
  • RM562 juta untuk melaksanakan projek empangan Sabo.
  • RM510 juta untuk menambah baik infrastruktur jalan ke Pengerang.
  • Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan siap menjelang 2024.
  • RM11.4 bilion untuk menyelenggara dan membaiki bangunan kerajaan sedia ada.
  • RM5.2 bilion untuk penyelenggaraan jalan negeri.
  • RM150 juta untuk pembangunan bandar sempadan dekat Thailand dan Kalimantan.
  • RM3.7 bilion untuk projek kecil dan sederhana di seluruh negara.
  • RM500 juta untuk projek infrastruktur G1-G4.

Kebajikan sosial

  • Secara keseluruhan, Putrajaya akan menyediakan RM10 bilion untuk kebajikan dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
  • Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan lima anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500. Ini adalah kategori baharu.
  • Isi rumah sehingga empat anak pula layak menerima BKM RM1,000 hingga RM2,000.
  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250,bergantung kepada bilangan anak.
  • Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terus menerima BKM RM600 serta RM350, bergantung kepada had pendapatan tertentu.
  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000, meningkat RM500.
  • Lebih 450,000 isi rumah layak menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Nasib golongan susah diberi keutamaan khusus dengan peruntukan RM2.5 bilion pada 2023.

Keselamatan

  • RM431 juta untuk mendapatkan aset baharu bagi polis.
  • RM42 juta untuk menaik taraf kuarters polis.
  • RM118 juta untuk penyelenggaraan rumah angkatan tentera.
  • RM28 juta untuk menaik taraf kuarters kakitangan penjara
  • RM73 juta untuk meningkatkan keselamatan siber.
  • Kerajaan akan menubuhkan pusat respons scam nasional.

Kesihatan

  • RM11 juta untuk geran pemeriksaan mamogram dan kanser serviks.
  • RM20 juta untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan.
  • RM36.1 bilion untuk Kementerian Kesihatan.
  • RM4.9 bilion untuk penjagaan kesihatan awam.
  • RM420 juta untuk membaiki hospital dan klinik usang.
  • RM1.8 bilion untuk membeli peralatan baharu untuk hospital dan klinik.
  • Kerajaan akan menubuhkan pusat kecemerlangan kesihatan mental.
  • RM10 juta untuk membeli mesin pencetak 3D bagi perkhidmatan kesihatan pergigian.
  • Peruntukan untuk merawat penyakit jarang meningkat kepada RM25 juta.
  • RM80 juta untuk program saringan kesihatan Perkeso.
  • RM15 juta untuk program Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Ekonomi

  • RM235 juta untuk menyokong pembangunan usahawan wanita.
  • RM50 juta untuk skim peniaga muda di bawah Bank Simpanan Nasional.
  • Pengurangan cukai pendapatan 2% untuk pengusaha PKS mikro.
  • Pemberian ‘one-off’ RM1 bilion kepada semua PMKS dan pemandu teksi berdaftar yang akan memanfaatkan sejuta penerima.
  • RM45 bilion dana Semarak Niaga untuk usahawan.
  • RM10 bilion dana daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengautomasi dan mendigitalkan PKS.
  • RM200 juta untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil.
  • GLC dan GLIC akan melabur sehingga RM50 bilion pada 2023.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur RM45 bilion dalam pasaran domestik.
  • Kerajaan akan memberi insentif kepada syarikat multinasional untuk beroperasi di Malaysia.
  • RM100 juta untuk menyokong pembangunan syarikat teknologi tempatan.
  • Geran sepadan sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk membantu PKS.
  • RM800 juta diperuntukkan untuk RM100 kredit e-wallet bagi 8 juta individu M40.

Perkhidmatan awam

  • Subsidi RM100 untuk penjawat awam bagi perlindungan insurans.
  • Kenaikan RM100 untuk semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
  • Bantuan khas ‘one-off’ RM700 untuk 1.3 juta penjawat awam di bawah Gred 56.
  • Bantuan ‘one-off’ RM350 untuk sejuta pesara kerajaan.
  • Bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam meningkat kepada RM600.
  • Cuti khas untuk lebih 500,000 guru.

Pendidikan tinggi

  • RM15.1 bilion diperuntukkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi.
  • RM3.8 bilion untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.
  • RM6.6 bilion untuk pinjaman pendidikan Bumiputera.
  • RM6.7 bilion untuk latihan dan pendidikan TVET.
  • RM180 juta untuk membiayai latihan TVET yang akan memanfaatkan 13,000 pelatih.
  • Diskaun sehingga 20% untuk pembayaran balik PTPTN dari 1 Nov hingga 30 April 2023.

Alam sekitar

  • RM15 bilion untuk inisiatif tebatan banjir.
  • RM2 bilion untuk membina kolam tadahan.
  • RM500 juta untuk melebarkan sungai di Kelantan.
  • Geran RM20 juta untuk pertubuhan prihatin masyarakat bagi membantu bencana alam.
  • RM3 bilion untuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS).
  • RM150 juta daripada Khazanah Nasional Berhad untuk menyokong pembangunan projek hijau.
  • RM165 juta untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memasang panel solar di atas bumbung dan stesen pengecas EV.
  • Cukai karbon akan diperkenalkan.
  • 100 juta pokok akan ditanam menjelang 2025.
  • Kerajaan akan meningkatkan projek pemulihan hutan.
  • RM100 juta untuk pemindahan fiskal ekologi (EFT).
  • RM36 juta untuk menyokong pemeliharaan gajah dan spesies terancam lain.
  • RM216 juta untuk membersihkan sungai di seluruh negara.