Terkini!!! Sekalipun dipujuk Anwar, Rafizi tegaskan tidak berminat

Terkini!!! Sekalipun dipujuk Anwar, Rafizi tegaskan tidak berminat

2 minggu lepas, Anwar dengan nada penuh yakin berkata akan cuba memujuk tokoh seperti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik bersama parti itu.

Ini berikutan aksi lompat beramai-ramai ahli jawatankuasa MPN diketuai Azmin ke Bersatu sehingga menumbangkan kerajaan PH awal 2020 dahulu.

Anwar dengan nada positif akan pujuk semula kedua-dua bekas pimpinan tertinggi PKR itu untuk balik kepada perjuangan dan landasan parti walaupun disifatkan degil.

Namun dalam kicauan terbaharu Rafizi Ramli malam semalam, ketika ditanya samada akan kembali ke dunia politik, dia memberi gambaran sudah tidak berminat dengan politik lagi.

Sambil menambah dia hanya mampu mempengaruhi sesuatu yang boleh dikawalnya, dan ianya tidak seperti pemimpin lain fikirkan. Ayat tersebut dipercayai merujuk kepada Anwar sendiri kerana sebelum ini dia pernah mengingatkan presiden PKR itu bahawa dia silap memilih orang dikelilingnya.

Sementara itu, buat masa ini Rafizi dilihat lebih berminat menumpukan perhatian terhadap bidang barunya berkaitan IR 4.0.