Terkini!!! Selepas Heineken, Carlsberg pula diberi kebenaran beroperasi sewaktu PKP 3.0 oleh MITI

Syarikat arak terkemuka dunia, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menjadi antara syarikat terawal yang mendapat kebenaran beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Surat yang tular dimedia sosial hari ini memaparkan satu salinan surat pengesahan pendaftaran syarikat arak tersebut di dalam sistem MITI – Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) bertarikh 30 Mei 2021.
Antara lain, kandungan surat itu menyatakan bahawa syarikat arak tersebut dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0 dengan mematuhi keperluan SOP am dan sektor pembuatan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.
Sementara itu, kesahihan surat tersebut belum dapat dipastikan. Malah jika terbukti benar, ia merupakan satu lagi episod hitam buat rakyat beragama Islam dinegara ini yang mengharapkan kerajaan Perikatan Nasional lebih terkehadapan menjaga sensitiviti umat Islam selepas mengambil alih pemerintahan dari Dap awal tahun lepas.
Malah ada yang mendakwa usaha MCA menjadikan negara ini mesra arak dianggap lebih berjaya berbanding Dap sebelum ini. Dalam pada itu, netizen meminta penjelasan segera dari menterinya, Azmin Ali begi mengurangkan kegusaran awam terhadap keputusan kementeriannya ini.
Untuk rekod, sebelum ini juga sebuah syarikat arak Heineken Malaysia Bhd telah diberikan kebenaran olej MITI untuk beroperasi semasa PKP 1.0 namun terpaksa dibatalkan krmudiannya setelah mendapat bantahan ramai.