Terkini!!! Selepas Istana Negara dan Jokowi, rakyat mengamuk di laman Harakahdaily pula

Terkini!!! Selepas Istana Negara dan Jokowi, rakyat mengamuk di laman Harakahdaily pula

Tidak seperti sebelum ini, harga barangan keperluan tidak berlaku kenaikan ketara biarpun sambutan Tahun Baru Cina dua hari lagi.

Tinjauan Harakahdaily ke beberapa pasar raya di Pasir Mas dan Kota Bharu mendapati tiada kenaikan harga secara mendadak.

Sedangkan sebelum ini setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru dan Hari Raya Aidilfitri harga barangan keperluan akan melambung di pasaran kerana permintaannya tinggi.

Malah, harga barangan dilihat masih kekal dan stabil serta mempunyai banyak pilihan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Didapati bawang, cili merah, ayam, sabun turut dijual pada harga berpatutan. Malah bawang pula harganya menunjukkan trend agak stabil dan bekalan keperluan itu didapati mencukupi

Rata-rata pengguna yang ditemui berpuas hati dengan harga barangan keperluan harian sekarang biarpun menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Seorang pengguna, Azhar Mansor, 55 berkata, harga barangan masih sama dan tiada kenaikan secara mendadak sehingga sekarang.

“Kalau kita tengok harga bawang ada sedikit perbezaan dengan kedai runcit, di pasar raya lebih murah berbanding kedai-kedai biasa dan di kedai biasa pun tidaklah begitu mahal.

“Selain harga bawang, barangan seperti sabun juga masih sama dan tiada kenaikan harga,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini.

Maisarah Malek, 38, turut merasai harga keperluan harian berada pada tahap normal dan biasa.

“Saya melihat, harga barangan keperluan seperti beras, telur, gula, bawang tiada kenaikan harga. Ia menggambarkan langkah yang dilakukan kerajaan berkesan,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini berkata sebanyak 16 jenis barangan disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021.

Menurut, skim tersebut bertujuan menyekat kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan itu pada 12 Februari.

KPDNHEP juga menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarkan maklumat harga daripada pemantauan di seluruh yang ditetapkan secara mingguan.