Terkini!!! Selepas Muhyiddin, Mokhtar Senik pula alami cirit-birit

Terkini!!! Selepas Muhyiddin, Mokhtar Senik pula alami cirit-birit

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik pagi ini memberitahu beliau keracunan makanan selepas beberapa jam berharap jawatan Perdana Menteri tidak “jatuh kepada PH (Pakatan Harapan) dan DAP”.

“Mohon maaf, saya tidak dapat bersiaran pagi ini kerana keracunan makanan. Doakan saya,” katanya ringkas di Facebook kira-kira jam 8 pagi tadi.

Selang tujuh jam sebelum itu, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berpendapat adalah lebih bijak sekiranya Umno sepakat menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Pendapat peribadinya itu, kata Mokhtar, turut meyakini Pas dan 23 Ahli Parlimen Umno serta Bersatu dan parti-parti Perikatan Nasional (PN) bersama menyokong Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno itu.

“Yang penting jangan jatuh kepada PH dan DAP. Mudah-mudahan keputusan himpunan Umno yang lalu bersepakat “No Anwar dan No DAP itu benar-benar berlaku.

“Politik ini adakalanya bukan soal kita dapat apa yang kita mahu, tetapi jangan musuh dapat apa yang mereka mahu,” kata pemilik Pondok An-Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu malam tadi.

Dalam hal berkaitan, pemimpin Pas juga kembali membangkitkan komitmen memperkasa Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini dilihat ‘sepi’ diperkatakan sepanjang tempoh 17 bulan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz malam tadi menyebut pembina MN adalah Presiden Umno dan Pas berserta seluruh ahli kedua-dua parti itu.

Kenyataan Nik Abduh itu muncul ketika hangat ura-ura kononnya Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 kerusi Dewan Rakyat yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan pendirian “No Bersatu, No Anwar, No DAP” yang juga diulangi Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) pada 28 Mac lalu.

Selewat-lewatnya jam 4 petang ini, kesemua Ahli Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan bersumpah kepada pihak Istana Negara untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri kesembilan.

Sumber – MD