Terkini!!! Selepas Putatan, tular MP Mas Gading dan Tenom pula akan melompat

Terkini!!! Selepas Putatan, tular MP Mas Gading dan Tenom pula akan melompat

Kecoh pula pagi ini dilaman media sosial berita 2 MP dari PH bakal melompat memberi sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

MP Mas Gading (Sarawak), Mordi Bimol dan Tenom (Sabah), Noorita Sual dikhabarkan dilihat ‘bersidai’ bersama satu figura yang terkenal dalam siri membeli MP² PH disebuah kafe terkenal ibukota.

Kedua-dua MP tersebut diwakili parti DAP setelah sebelum ini 2 MP PKR mengisytiharkan beralih sokongan ke Perikatan Nasional.

Jika benar berlaku aksi melompat 2 MP tersebut dalam masa terdekat, maka kerajaan bakal menilai semula keputusan untuk membuka parlimen dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, kedua-dua MP tersebut masih belum membuat penafian ataupun mengiyakan khabar angin tersebut.