TERKINI!! Senarai program Menteri Agama sebelum disahkan positif Covid-19 didedah

TERKINI!! Senarai program Menteri Agama sebelum disahkan positif Covid-19 didedah

Berita mengenai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang didapati positif jangkitan Covid-19 telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terutamanya di kalangan warga maya.

Menyedari akan keadaan tersebut, warga maya mula menjejaki program dan lawatan yang dihadiri Zulkifli dan didedahkan kepada umum.

Berdasarkan kepada senarai yang didedah, sebanyak 18 program telah dihadiri beliau bermula 24 September 2020 setibanya dari Sabah sehingga 4 Oktober 2020.

Beliau dalam hantaran di laman facebooknya hari ini mengesahkan berita yang tular mengaitkan dirinya antara yang positif Covid-19.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya mula mempersoalkan tindakan Zulkifli yang dikatakan gagal mematuhi SOP sepatutnya sebaik tiba dari Sabah sempena Pilihan Raya Negeri di sana.