Terkini!!! Setelah dibidas mantan Menteri Kesihatan, MKN putuskan seluruh KL akan dikenakan PKP

Terkini!!! Setelah dibidas mantan Menteri Kesihatan, MKN putuskan seluruh KL akan dikenakan PKP

Kerajaan bersetuju mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kuala Lumpur bermula 7 Mei.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP itu susulan peningkatan kes Covid-19.

“Sejak 1 April sehingga 27 April, KKM mengesahkan 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

“Setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, premis makanan seperti restoran, ‘food truck’, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 malam sahaja.

“‘Dine-in’ di kedai makan adalah tidak dibenarkan. Makanan haruslah dibungkus untuk dibawa pulang sahaja. Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam. Bagaimanapun stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam,” katanya.

subhead – Tiga daerah di Johor kena PKP

Ismail turut memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di daerah di Johor melibatkan Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi juga bermula 7 hingga 20 Mei.

Selain itu pelaksanaan PKP dalam tempoh sama turut dikenakan di 14 mukim di Daerah Besut, Terengganu.

Ini membabitkan Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut.

Turut dikenakan PKP, mukim Taiping, Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.

Ismail turut memaklumkan semua aktiviti majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta, dan majlis sosial di kawasan PKP tidak dibenarkan.

“Kerajaan juga bersetuju untuk tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari ulang tahun, ‘reunion’, ‘retreat’ dan lain-lain bagi semua kawasan yang dilaksanakan PKP.

“ ‘Dine-in’ di kedai makan turut tidak dibenarkan di kawasan yang dilaksanakan PKP berkuat kuasa mengikut tarikh pelaksanaan PKP. Aktiviti sosial yang lain seperti sukan dan pelancongan secara terperinci boleh dirujuk di laman sesawang MKN,” katanya.

Pelaksanaan PKPD

Selain itu, Ismail memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Lubok Katak, Tapah, Batang Padang, Perak, Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu, Jasin, Melaka dan SMU Pantai Manis, Papar, Sabah bermula Jumaat selama 14 hari.

Sementara itu katanya, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di SMKA Johor Bahru, Johor, Maahad Tahfiz al-Quran al Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan, Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Kampung Sileng Dayak, Lundu, Sarawak bermula esok.

Ismail berkata, kerajaan juga bersetuju melanjutkan PKPD di Rumah Panjang Giman, Batu 13, Jalan Engkamop, Pakan, Sarikei,Kampung Rayang, Serian, lima Rumah Panjang di Jalan Bukut Balingian, Mukah, Sarawak sehingga 20 Mei. – FMT