Terkini!!! Shahidan dipecat

Terkini!!! Shahidan dipecat

Umno hari ini mengumumkan pemecatan Shahidan Kassim sebagai pengerusi badan perhubungan Perlis ketika ura-ura mengenainya hangat diperdebatkan dalaman Umno selepas dilihat sering berbeza pandangan dengan pimpinan tertinggi parti Melayu itu.

Umno melalui presidennya turut mengumumkan penggantian Menteri Besar Perlis Azlan bin Man bagi menyandang jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Shahisan bin Kassim digantikan Azlan bin Man yang juga menteri Besar Perlis.

“Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini,” kata kenyataan yang ditandatangani Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. – MN