Terkini!!! Syed Saddiq mengaku tak bersalah tuduhan pecah amanah

Terkini!!! Syed Saddiq mengaku tak bersalah tuduhan pecah amanah

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah RM1 juta pada Mac tahun lalu.

Syed Saddiq, 29, yang juga Ahli Parlimen Muar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana Armada Malaysia melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana tersebut.

Ia di mana tertuduh dengan curangnya membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB Kuala Lumpur Sentral pada 6 Mac 2020.

Atas pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.

Sumber – SinarHarian