Terkini! Tarif baru air Kelantan naik 23 sen berkuatkuasa 1 Februari ini

Terkini! Tarif baru air Kelantan naik 23 sen berkuatkuasa 1 Februari ini

 

Tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Kelantan naik sebanyak 23 sen bagi setiap satu meter padu, berkuat kuasa 1 Februari ini.

Jurucakap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata bagi bacaan meter individu sebelum 0 hingga 20 meter padu adalah 45 sen, meningkat kepada 68 sen.

Katanya, bagi yang melebihi 20 hingga 35 meter padu adalah 97 sen dan selepas 1 Februari pula naik kepada RM1.26.

“Yang melebihi 35 meter padu pula adalah RM1.42 sebelum dan selepas pula RM1.68. Caj minimum sebelum ini adalah RM4.50 dan naik kepada RM6.80.

“Bagi pengguna bukan domestik pula adalah RM1.95 bagi 0 hingga 35 meter padu dan naik kepada RM2.03 selepas 1 Februari manakala melebihi 35 meter padu adalah RM2.20 naik kepada RM2.28.

“Caj minimum sebelum ini RM19.50 meningkat kepada RM20.30,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media pada Rabu lalu melaporkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Pelarasan ini dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.