Terkini!!! Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia akibat Covid-19

Terkini!!! Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia akibat Covid-19

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19, lapor Sinar Harian.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

Masing merupakan veteran politik yang amat disegani.

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Masing turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Berusia 72 tahun pada 5 Mac lalu, Masing dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 28 September sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.

Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, pada 31 Mei, adiknya Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebentar lagi untuk urusan bedah siasat.