Terkini! Timbalan Presiden Umno mahu parti itu bersendirian
Setelah pemimpin bawah Datuk Seri Najib Razak yang bersuara kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan pula bersuara agar Umno bersendirian walaupun tidak menyebut tinggalkan Perikatan Nasional (PN).
“Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” kata beliau menerusi Facebooknya.
Mohamad mengajak Umno “Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan Umno ke landasan sebenarnya.
“Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula Umno agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.
Sumber: Malaysia Dateline