Terkini!!! Timbul dakwaan Nazri bakal ditawarkan jawatan Duta Malaysia ke Perancis sebagai ‘hadiah persaraan’

Terkini!!! Timbul dakwaan Nazri bakal ditawarkan jawatan Duta Malaysia ke Perancis sebagai ‘hadiah persaraan’

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa dirinya tidak akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

Bekas menteri Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau akan bersara dari politik sekali gus memberi laluan kepada pemimpin baharu.

“Saya rasa ini adalah isyarat untuk orang-orang dari generasi saya bahawa sudah tiba masanya kami pergi dan sokong pemimpin baharu,” katanya memetik laporan media hari ini.

Untuk rekod, Nazri mempertahankan kerusi itu sejak 1995 selama enam penggal.
Keputusan itu dicapai Nazri bagi membolehkan bidang politik negara ‘reset’ semula.

Beliau turut menasihatkan agar ahli-ahli politik seangkatan dengannya membuat langkah sama.

“Saya harap ini juga mesej untuk ahli politik angkatan lama supaya sedar bahawa sekarang teraju politik sudah sampai ke tangan angkatan baharu.

“Kita memerlukan kesinambungan, kita tak boleh menongkat langit, sampai satu masa kita kena serah kepada generasi baharu,” katanya.

Nazri sebelum ini banyak mencetuskan ‘drama’ politik apabila mengumumkan kembali sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai lalu.

Ia selepas tujuh bulan membuat tindakan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Malah beliau sebelum ini mengakui menjadi perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sumber – MalaysiaGazette