Terkini! Tun M dimasukkan ke IJN, alami jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin dan sedang dirawat kerana mengalami jangkitan.
Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu hantaran di Twitter rasminya @chedetofficial semalam.
Turut dimuat naik ialah dua keping gambar memaparkan Dr. Mahathir sedang menulis dan menyemak beberapa fail ketika di wad Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu, tular di media sosial Dr. Mahathir didakwa sedang kritikal dan dirawat di IJN.
Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif.