Terkini!!! [VIDEO] Rekod kehadiran tertinggi lebih 4 ribu pesakit, CAC Stadium Melawati berdepan kesesakan luar jangka

Terkini!!! [VIDEO] Rekod kehadiran tertinggi lebih 4 ribu pesakit, CAC Stadium Melawati berdepan kesesakan luar jangka

 

 

 

[ #Pandemic Covid-19 ]

Seawal 6:00 pagi ini, D-day berlaku. Kehadiran pesakit Covid-19 tertinggi dalam rekod CAC Stadium Malawati, Shah Alam. Pertama kali dalam sejarah sejak Covid-19 melanda, kehadiran seperti ombak yg berbuih dan bertali arus jauh sampai petang….

Kemampuan CAC Malawati melakukan penilaian sekitar 1200-1500 pesakit sehari sejak 6 bulan operasi. Namun sejak Jun dan minggu lepas, kehadiran melonjak pada angka lebih 2000+ pesakit, yg 100% positif setiap hari.

Hinggalah tertinggi kelmarin Sabtu 10 Julai 2021, kehadiran 2688 pesakit, mengakibatkan operasi berakhir lewat malam.

Namun ujian sebenar adalah hari ini, Isnin 12 Julai 2021, jangkaan asal kehadiran 3616, tapi telah berlaku ‘spike’ / lonjakan teramat tinggi sehingga melangkaui angka 4000 pesakit, hingga jam ini.

KITA DOAKAN BERSAMA – Allah bantu kita berhadapan dgn fenomena kali pertama dalam sejarah wabak di Negara ini.

Doakan juga saya, dan ramai lagi 200+ frontliners ini masih masih kekal bertenaga meneruskan medan juang ini.

Terima kasih pada pelbagai tenaga perubatan yg telah turut bersama hadir ke sini daripada Johor, dan juga Sabah bermula hari ini.

TERIMA KASIH, jazakumullahu khayran jazak juga, buat seluruh NGO, pertubuhan yg pelbagai, dan ratusan individu yg tak henti menyumbangkan puluhan bentuk bantuan dan kewangan untuk mereka yg sedang diuji ini.

Let’s do it. Together…!

Ahmad Sayuti Bashiron

CAC Malawati | Shah Alam
6:30 pm 12 Julai 2021