Terkini!!! [VIDEO] Sultan Brunei pandu sendiri kereta bawa PM10 ke Sri Perdana cetus perbincangan luar biasa warganet
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima penghormatan selepas dikunjungi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Sultan Hassanal berkenan melawat Anwar dalam satu pertemuan yang dijangka diadakan di Bangunan Seri Perdana hari ini menerusi lawatan khas Paduka Seri Baginda ke Malaysia.
Namun apa yang menjadi topik perbincangan warganet di tanah air berkisar kepada satu klip video yang dikongsikan agensi berita Bernama tentang sikap merendah diri Sultan Brunei apabila sanggup menawarkan diri memandu sendiri kenderaan rasminya bersama-sama Anwar disebelahnya.
Sementara itu, memetik Kosmo, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu merupakan julung kali diadakan antara Perdana Menteri dan Paduka Seri Baginda selepas Anwar dilantik sebagai ketua kerajaan pada 24 November lalu.
Lawatan terakhir Paduka Seri Baginda ke Kuala Lumpur ialah pada 4 hingga 6 Mac 2019 iaitu untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Perdana Menteri akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah selain Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.
Pada tahun 2021, Brunei merupakan rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM 8.03 bilion.