Terkini!!! Zuraida beri komitmen didik Taliban perkasa hak wanita
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhasrat ke Afghanistan untuk membimbing kerajaan baharu Taliban serta rakyatnya dari segi pembangunan dan pemberdayaan wanita.
Katanya, sebagai negara Islam membangun, banyak yang dapat dipelajari Taliban dari Malaysia, seperti mengoptimumkan peranan wanita dalam politik, pendidikan, ekonomi dan masyarakat.
“Sekiranya berpeluang, saya turut berminat untuk ke sana sekali lagi, kali ini bagi membantu untuk membimbing pemerintah dan rakyat Afghanistan dari segi aspek pembangunan dan pemberdayaan wanita,” kata Zuraida.
Beliau turut menggesa negara Islam progresif lain menghantar wakil pemimpin wanita mereka ke negara yang dibelenggu krisis itu bagi membantu agenda pemberdayaan wanita.
Beliau berkata, tidak dapat dinafikan pentadbiran Taliban 20 tahun lalu bersifat jumud dan menolak sebarang bentuk kemajuan, terutamanya dalam hal pembangunan dan pemberdayaan wanita serta kanak-kanak perempuan.
“Apabila pentadbir sesuatu negara itu memegang ideologi terlalu ekstrem, masyarakat dunia perlu bertanggungjawab dalam memastikan nasib dan hak golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di sesebuah negara itu terus terbela,” katanya dalam kenyataan.
Zuraida mengimbau misi bantuan ke negara itu yang disertainya pada 2002, apabila beliau melihat sendiri wanita dan kanak-kanak di sana secara umumnya dianggap rakyat kelas kedua, dengan hak mereka sering dinafikan pemerintah.
“Dalam jangka masa 20 tahun Afghanistan ditinggalkan Taliban, kita melihat peluang telah pun dibuka untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di sana untuk menimba ilmu dan menceburi pelbagai bidang seperti sains dan teknologi.
Sumber –FMT