Terkini!!! Zuraida dikaitkan bakal mengetuai parti baru, Parti Bangsa Malaysia

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan mengetuai sebuah parti politik baharu bernama Parti Bangsa Malaysia, dedah portal akhbar MalaysiaGazette.
Menurut sumber parti itu telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 29 Oktober lalu.
Namun begitu, parti itu tidak akan melibatkan Ahli Parlimen (AP) Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang dikhabarkan sebelum ini.
Menteri Kanan itu dikatakan kekal bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain itu, Zuraida, Ahli Parlimen Julau, Larry Soon @ Larry Sng juga akan menyertai parti baharu itu.
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien.
Ahli Parlimen Bebas itu dikhabarkan akan memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti.
Selain itu, bekas pemimpin PKR merangkap Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar turut dikhabarkan akan menyertai parti baharu itu.
Difahamkan Parti Bangsa Malaysia akan menjadi parti mesra Perikatan Nasional dan ia akan dilancarkan pada Disember 2021.
Logo parti itu akan diambil daripada logo organisasi bukan kerajaan, Penggerak Komuniti Negara dengan sedikit pengubahsuaian.