“Teror, karakter penuh emosi” – Rupanya anak Zamarul Hisyam yang berlakon dalam ‘Saat Hilang Cintamu’

“Teror, karakter penuh emosi” – Rupanya anak Zamarul Hisyam yang berlakon dalam ‘Saat Hilang Cintamu’

Kesan lakonan daripada pelakon, Zamarul Hisyam beserta jalan cerita dalam sebuah telefilem terbaharu yang ditayangkan pada Sabtu lalu berjudul Saat Hilang Cintamu membuatkan berhari-hari ia menjadi perbualan warganet di media sosial.

Apatah lagi apabila mengetahui telefilem tersebut berdasarkan sebuah kisah benar. Zamarul Hisyam bagaimanapun baru-baru ini juga berkongsikan karya terbaharu dilakonkannya itu yang mana ia adalah arahan daripada Rahila Ali.

 

Namun begitu, antara yang menarik tumpuan peminat Zamarul Hisyam dengan perkongsiannya itu dia juga mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki yang berlakon menjadi anaknya dalam telefilem tersebut merupakan anak lelakinya sendiri yang diberi nama Kash Haiqal.

Difahamkan ia adalah lakonan pertama drama oleh Kash Haiqal namun berjaya membuatkan ramai terkesan dengan lakonannya. Netizen juga nampaknya menghujani dengan pelbagai reaksi diruangan Instagram Kash Haiqal dengan meninggalkan pelbagai reaksi positif. Malah ada yang akui suka menonton lakonan Kash Haiqal dalam telefilem ini.

Dalam pada itu, warganet diruangan komen juga memberikan pujian dengan lakonan pertama anak lelaki Zamarul Hisyam ini dan sekali lagi telefilem Saat Hilang Cintamu ini mendapat reaksi positif ramai tentang jalan cerita beserta hasil lakonan pelakon yang terlibat.

“Congrats Kash. Your first drama”

“Teror la Kash, penuh emosi karakter”

“Pandai adik berlakon, suka tengok”

“Wahh anak beranak ke belakon, terbaik la. Menangis layan”