Terpaksa tanggung hutang pagar lepas putus dengan papa, Anju menangis dituduh kaki kikis

Terpaksa tanggung hutang pagar lepas putus dengan papa, Anju menangis dituduh kaki kikis

 

Siapa sangka selepas hubungan pertunangan Anju dan DS Khazrul Elzey berakhir, macam-macam kisah keluar daripada kedua-dua belah pihak.

Meskipun awalnya enggan mendedahkan aib sesiapa, aktres berkenaan mulai tertekan kerana pemberian hadiah berupa tajaan pagar rumah bernilai RM100,000 malah membuatkan dirinya dipersalahkan.

Saya tanggung malu…Aku taknak pun pagar ni, tapi beban ni dapat ke saya

Rimas kerana isu pagar masih menjadi bualan netizen, Anju tampil membuat sesi live dengan wajah sugul.

Baginya sendiri, dia amat terkilan kerana dituduh sebagai pengikis duit bekas tunangnya sedangkan tidak pernah meminta pembinaan itu dilakukan pun. Lebih mengecewakan, kini dia mempunyai beban hutang sekitar RM8000 yang perlu ditanggung sendiri.

Kalau nak cakap dari segi tenaga, saya tinggalkan anak saya, nak jaga anak dia…Saya tak berkira

Pernah berpesan kepada Papa supaya pembinaan itu tidak dibuat memandangkan harganya terlampau mahal, siapa sangka begini pula jadinya.

Justeru Anju cuma berharap agar isu pagar segera dihentikan. Mungkin orang luar melihat DS Khazrul banyak keluarkan duit ketika mereka bercinta, hakikatnya Anju juga melakukan pengorbanan dari segi masa misalnya bantu menjaga anak lelaki itu.

Saya panggil kontraktor baru tanpa pengetahuan Anju…Tapi bila dia buka aib, saya takde mood

Daripada pihak lelaki berkenaan, dahulu dia ikhlas hendak meneruskan projek pagar itu walaupun mereka sudah tiada hubungan.

Baru membayar sekitar RM30,000, bagaimanapun DS Khazrul berkata kontraktor yang diupah culas dalam kerja membuatkan pembikinan pagar itu tergendala.

@puteranordanish2

Bestnya dapat full sponsor pagar rumah 30k. #fup #pnd #puteranordanish #anjoulielavocah1 #ezley #anju #drama #pagar #30k #fypシ #putustunang #gosip

♬ original sound – PuteraNorDanish – PuteraNorDanish