Terperangkap dalam banjir, menantu PM dibawa pulang menaiki helikopter

Terperangkap dalam banjir, menantu PM dibawa pulang menaiki helikopter

Penduduk disekitar kawasan kepadaran tinggi Shah Alam dan Kuala Lumpur antara yang terkesan dengan banjir besar yang melanda kawasan tersebut 2 hari kebelakangan ini.

Malah hujan lebat bakal diramal berterusan dalam beberapa hari lagi menyebabkann kerisauan berganda akan nasib yang bakal menimpa mereka dalam waktu terdekat ini.

Semalam sahaja, ribuan warga kawasan yang disebutkan terpaksa menempuh saat menakutkan apabila terperangkap dalam kepungan banjir besar akibat hujan lebat yang tidak berhenti-henti semenjak malam kelmarin.

Bukan sahaja risaukan keselamatan diri, malah anak-anak dan rumah yang ditinggalkan juga menambah kerisauan. Mereka yang gagal keluar selepas semua jalan darat terputus hubungan terpaksa menjadikan masjid sebagai tempat berteduh sementara menantikan banjir surut.

Namun, bukanlah semuanya menerima nasib buruk seperti rakyat kebanyakkan. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @diyanaaamira, dia sempat memuatnaik satu hantaran mengenai menantu kesayangan PM ke-9, ismail Sabri.

Menantu tersebut, Jovian Mandagie yang berkahwin dengan anak perempuan Ismail dalam hantaran di Instagram miliknya menceritakan kerinduan untuk pulang bertemu isteri dan anak perempuannya selepas tersekat dalam banjir besar tersebut.

Namun, menantu kesayangan Ismail itu akhirnya berjaya pulang bertemu insan kesayangannya selepas dibawa keluar dari kawasan bencana menaiki sebuah helikopter.

Diyana dalam nada marah menyifatkan menantu Ismail seorang yang bongkak apabila memuat naik gambarnya sedang menaiki helikopter tersebut.

Malah netizen juga menganggap sikap menantu kesayangan Ismail itu kurang cerdik apabila sengaja memberikan peluru kepada musuh ayah mertuanya.

Sehingga kini, ciapan tersebut mendapat hampir 10 ribu tanda suka danndiulang ciap hampir 14 ribu kali.

Semakan terkini di akaun Instagram Jovian bagaimanapun mendapati hantaran yang menjadi kontroversi itu telah oun dipadamkan berkemungkinan selepas menerima kecaman daripada netizen.