Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud menyatakan kekesalannya kerana ketiadaan bekalan berkenaan.

“Dalam beberapa hari lagi beberapa PPV di Selangor akan kehabisan vaksin dan terpaksa berhenti operasi jika Selangor tidak terima bekalan vaksin baru.

“Discriminate Selangor, whole country will suffer. You answer to Allah YB Menteri,” ciapnya di Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Siti Mariah turut menyelar kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa negeri itu kini mengalami kekurangan vaskin.

“Nampak benar menteri tak tahu masalah di bawah. Selangor ada kapasiti untuk buat lebih. Kalau buat begitu, selepas beberapa hari, ada PPV yang kena tutup sementara.

“Jangan berbohong dengan mengatakan bahawa ada bekalan cukup. Don’t lie saying supply cukup. Be truthful or yr nose will get longer,” tulis Siti Mariah dalam Twitternya.

Siti Mariah turut tag Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin di Twitter.

Bagaimanapun, Khairy belum memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu.

Khairy dalam sidang media di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia semalam berkata kadar imunisasi terhadap Covid-19 di Selangor rendah bukan berpunca daripada isu kekurangan bekalan vaksin.

Selangor sebenarnya mempunyai isu kapasiti pemberian vaksin yang rendah iaitu sekitar 20,000 dos