Terputus wang tunai di Hari Raya, ketahui cara menaikkan had pengeluaran tunai pengguna Maybank

Terputus wang tunai di Hari Raya, ketahui cara menaikkan had pengeluaran tunai pengguna Maybank

Dengan dana Pengeluaran Khas KWSP dikreditkan secara berfasa ke dalam akaun pemohon, ramai yang nampaknya bertanyakan tentang cara untuk naikkan had pengeluaran tunai dan perpindahan untuk akaun simpanan Maybank mereka.

Salah satunya mungkin disebabkan mereka ingin membayar hutang-hutang yang tertunggak kepada pihak tertentu. Walau apapun tujuannya, ini adalah caranya.

Naikkan had pengeluaran tunai ATM Maybank

Had pengeluaran tunai di ATM Maybank hanya boleh dilakukan di mesin ATM itu sendiri. Menurut bank tersebut, had default adalah RM10,000. Namun, untuk lebih selamat, anda boleh lakukan urusan di kaunter sekiranya anda ingin mengeluarkan tunai dalam jumlah yang banyak

Naikkan had perpindahan akaun simpanan Maybank

Anda boleh buatnya melalui portal Maybank2U. Fungsi menyunting had tidak boleh dilakukan melalui aplikasi M2U ataupun MAE.

 

Kemudian, cari butang Pay & Transfer. Di dalamnya cari pula butang Transfer LimitSemua had-had yang boleh anda ubah akan disenaraikan dan ubah mengikut keperluan anda.

Namun, saya sarankan selepas urusan perpindahan anda selesai, ubah kembali had kepada yang paling minimum untuk keselamatan.