“Terseksa jadi anak tiri, makan nasi dalam tempurung kelapa baru boleh dapat baju raya, paling tak boleh lupa, mak tiri suruh pergi minta kat kubur mak”

“Terseksa jadi anak tiri, makan nasi dalam tempurung kelapa baru boleh dapat baju raya, paling tak boleh lupa, mak tiri suruh pergi minta kat kubur mak”

 

Izinkan saya bercerita tentang emak saya, Azizah. Emak saya sekarang sudah berusia 77 tahun. Dia berasal dari Terengganu.

Bapa emak saya berasal dari Kuala Lumpur, berhijrah ke Bukit Besi, Terengganu untuk menjadi penolong pengurus lombong bijih besi.

Ibu emak saya pula orang kelahiran Kuala Terengganu. Hidup emak penuh liku dengan pelbagai ragam dan peristiwa.

Kata orang, boleh buat novel. Pada usia emak tujuh tahun, ibunya meninggaI dunia semasa melahirkan anak yang keempat.

Emak ada 2 orang adik, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Apabila ayahnya mahu berkahwin semula, adik – adik emak diambil oleh saud4ra mara daripada dua buah keluarga untuk dibesarkan.

Emak pula tinggal dengan bapanya dan ibu tiri yang berusia 15 tahun kerana emak, walaupun masih dalam Darjah Satu sekolah melayu di Kuala Dungun, Terengganu dianggap sudah besar dan boleh membantu urusan rumah tangga.

Dan bermulalah episod duka emak. Ibu tiri emak beranak hampir setiap tahun. Tiga belas orang semuanya. Setiap pagi sebelum ke sekolah emak mesti membasuh pakaian adik – adiknya. Emak sering lewat sampai ke sekolah, namun guru – guru telah maklum dengan apa yang emak lalui.

Tetapi pelajaran emak tidaklah mengecewakan. Emak selalu dapat nombor lima dalam kelas. Hidup dengan ibu tiri pada masa itu memang seperti kisah – kisah dalam filem Melayu lama. Walaupun ibu tiri emak tidak pernah naik tangan pada emak tetapi dia sering mend3ra em0si dan mentaI emak.

Pernah emak disuruh makan nasi beralaskan tempurung kelapa dan jika mahu pakaian baru di hari raya, emak disuruh pergi ke tanah perkubvran meminta dari ibu kandungnya yang telah tiada. Menjaga adik – adik pada waktu senggang selepas balik sekolah memang satu kewajipan kepada emak.

Kalau tidak dibuat, nanti emak akan dimarahi. Pada usia emak 12 tahun, emak lulus peperiksaan untuk ke sekolah menengah aliran Inggeris. Bapanya tidak menghalang untuk emak belajar lagi, tetapi ibu tiri membantah dengan alasan anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi – tinggi.

Tinggallah emak di rumah seperti anak – anak d4ra kampung yang lain, membantu urusan – urusan rumahtangga bapa dan ibu tirinya. Dan juga menunggu pinangan orang. Pada usia emak 20 tahun, emak dibawa ke Kuala Lumpur oleh bapa saud4ranya sebeIah bapa.

Nenek emak yang tinggal di Kuala Lumpur mahu mengahwinkan emak dengan saud4ranya. Alasannya tidak mahu emak terus menerus menjadi orang suruhan di rumah bapanya sendiri. Emak tidak suka dengan bakal suaminya yang emak kenal juga walaupun tidak rapat.

Pada emak bakal suaminya itu kurang gentleman serta cenderung ke arah sifat kasan0va. Apakan daya emak, pada waktu itu, anak d4ra tidak boleh menyanggah kata orang tua. Perkahwinan diteruskan walau emak tidak bahagia dan jiwanya mend3rita.

Diam tak diam emak lahirkan lima orang anak. Anak yang sulong meninggaI pada usia 6 tahun akibat demam panas tanpa sempat dibawa ke hospitaI. Sebagai anak bongsu, saya tidak pernah bertemu muka dengan arw4h kakak.

Menurut emak, ayah kerap bertukar kerja. Sebabnya emak pun kurang arif. Wang belanja dapur hanya diberi kepada emak RM130 sebulan sejak anak pertama. Itupun ayah selalu ambil semula duit emak secara sembunyi – sembunyi walaupun emak tahu juga.

Untuk mencari wang saku tambahan emak tiada kemahiran istimewa kecuali kerja – kerja yang biasa suri rumah tangga lakukan. Memasak, menggosok baju dan menjahit pakaian adalah kesukaan emak. Pakaian anak – anak untuk kemeriahan di hari raya pun emak yang jahitkan.

Dengan kemahiran itulah emak mengambil upah yang tidak tetap, berg4ntung kepada permintaan jiran dan taulan. Pekerjaan ayah yang paling lama disandang adalah sebagai anggota tent3ra. Sebelas tahun lamanya. Ketika inilah saya lahir.

Ayah selalu operasi di hutan sempadan negara sehinggakan saya kurang mesra dengannya. Ketika saya berumur 6 tahun, ayah mengambil keputvsan untuk bernikah lagi. Masih saya ingat lagi, petang kejadian itu dua orang adik perempuan ayah dan ayah tiba – tiba muncul di pintu rumah sedangkan emak beritahu kami ayah sepatutnya berada di kem tent3ra di Bandar Seremban.

Entah apa yang mereka orang dewasa bualkan saya tidak pasti kerana saya sedang leka bermain – main seorang diri di dalam rumah. Kemudian saya lihat emak menangis sambil memeIuk kaki ayah.. Kedengaran esak tangis emak dengan tutur kata yang tersangkut – sangkut;

“Jangan tinggalkan Zah…” raung emak. “Anak – anak kita…. Zah tak mahu dimadu”. “Aku kena kahwin jugak. Engkau tu perempuan tak berguna. Aku di kem tapi kau berdua – duaan dengan Harun, kan?” kata – kata abah sambil kaki dekat badan emak yang masih menangis menggiIa.

Lelaki bernama Harun itu adalah kawan kepada abah yang tinggal di kampung yang sama. “Kak Zah, abang nak kahwin lain. Setuju ajaIah”, pujuk salah seorang adik ayah. Saya dan adik beradik lain tidak mampu berbuat apa – apa.

Kami hanya memandang kosong kerana tidak faham butirannya. Seketika kemudian, ketiga – tiga mereka keluar meninggaIkan rumah kami. Kami adik beradik berpeIukan dengan emak. Juraian air mata emak hangat saya rasakan di tangan dan pipi saya yang emak civm erat – erat.

Sejak itu ayah tidak pulang – pulang lagi. Dan emak pun akhirnya menuntut fasakh dan nafkah anak – anak di mahkamah syariah. Yang paling emak kesalkan, semata – mata mahu berkahwin lagi, ayah menuduh emak berlaku curang walhal emak sebenarnya seorang yang setia.

Tiada seorang pun jiran – jiran dan rakan – rakan emak yang percaya dengan tuduhan tidak berasas ayah. Encik Harun pun menggeleng kepala apabila berita itu dia dengar. Emak hanya baru berumur 36 tahun semasa ditinggalkan suami.

Dengan bekalan pelajaran yang kurang, emak hanya tahu menggunakan kemahiran kewanitaannya. Siang malam emak membanting tuIang mencari rezeki. Siang hari emak mencuci pakaian empat buah keluarga Melayu yang tinggal di rumah teres berhampiran.

Emak akan berjalan kaki sambil berpayung daripada keterikan pancaran matahari. Petangnya emak akan menggosok pakaian pekerja – pekerja pejabat yang dibawa pulang dan malamnya emak akan menghantarnya semula.

Namun emak tidak lupa untuk menyiapkan sarapan kami sebelum ke sekolah dan pada hujung minggu. Jam lima pagi emak sudah bangun demi memastikan anak – anaknya tidak kelaparan. Kadang – kadang emak mengambil upah memasak.

Dapatlah seringgit dua bagi menambah pendapatan. Syukurlah rumah kampung yang kami huni adalah rumah sendiri, walaupun kecil dan kelihatan usang, kami bahagia berteduh di dalamnya. Bekerja dalam rumah tangga orang lain pun kadang – kadang emak difitnah.

Ada kisah di mana isteri tuan rumah meninggaI dunia dan tuan rumah itu berkahwin dengan perempuan yang lebih muda. Emak terus berhenti kerja apabila perempuan itu asyik mencari salah emak. Yang sebenarnya dia khuatir emak ada peluang berkahwin dengan suaminya.

Padahal emak tidak teringin langsung untuk berkahwin semula. Pada emak, hidupnya adalah untuk memastikan keperluan anak – anak dapat dia penuhi. Tahun silih berganti. Emak tidak lagi bekerja mengambil upah apabila abang dan kakak saya mula bekerja.

Kakak yang beria – ia tidak membenarkan emak bekerja, cukup – cukuplah kata kakak. Anak – anak emak semuanya sudah dewasa dan sekarang masing – masing sudah memiliki keluarga sendiri. Emak tidak suka tinggal lama – lama dengan anak menantu.

Emak senang hidup sendirian dan bimbang akan mengganggu kehidupan mereka anak beranak jika berlama – lama. Alhamdulillah emak masih sihat, penglihatan dan ingatannya masih baik. Emak tiada peny4kit – peny4kit tiga serangkai.

Adik – adik emak sebapa dan seibu pula telah lama meninggaI dunia akibat komplikasi pelbagai peny4kit. Moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada emak supaya emak boleh terus beramal ibadat kepada Tuhan sehingga masanya tiba dan saya masih ada peluang untuk merasai kasih sayang emak. – Mr. Fahim (Bukan nama sebenar)